Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

  • Seperti yang diketahui umum, pokok getah (Hevea Brasiliensis) biasanya lebih dikaitkan dengan hasil utamanya lateks yang digunakan dalam kehidupan seharian. Namun pada masa kini, kegunaan pokok getah ini diperluaskan lagi menerusi hasil penyelidikan bio-teknologi yang telah mengenengahkan daun getah sebagai salah satu sumber pendapatan di kalangan masyarakat luar bandar.

    Hasil daripada pembangunan teknologi tersebut dengan sumber sedia ada iaitu daun getah, kraf daun getah diusahakan oleh masyarakat pekebun kecil bagi menjana pendapatan tambahan selain bergantung kepada hasil kebun.

    Bagi tujuan pemasaran dan promosi kraf daun getah, Galeri Hevea diwujudkan sebagai Pusat Promosi Produk Kraf Daun Getah bagi membuka pasaran dalam industri kraftangan negara dan sebagai salah satu produk industri hiliran komoditi getah yang mempunyai 'Niche Market' kerana produknya yang unik dan kreatif.

    Galeri Hevea mempamerkan produk kraf daun getah yang dihasilkan oleh Usahawan Bimbingan RISDA diseluruh pelusuk tanah air yang antaranya seperti dibawah:-

    galeri hevea bpu

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: 3258823

Tarikh Kemaskini :
 22/03/ 2017
.