Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Pembangunan Koperasi Pekebun Kecil.
Gerakan koperasi merupakan satu wahana pembangunan masyarakat pekebun kecil melalui pengembelengan tenaga, modal dan kemahiran pengurusan bagi meningkatkan penglibatan dan penyertaan mereka dalam aktiviti komersil. Sehingga kini 64 buah koperasi di peringkat nasional, negeri dan daerah telah ditubuhkan dan beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Struktur gerakan koperasi terdiri daripada Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad (NARSCO) sebagai koperasi induk di peringkat nasional dan koperasi-koperasi pekebun kecil di peringkat negeri dan daerah.
Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil.
Perkumpulan ini merupakan salah sebuah institusi yang ditubuhkan bagi menggerakkan wanita pekebun kecil di dalam pembangunan keluarga dan ekonomi. Keahlian dianggotai dan diterajui oleh pekebun kecil wanita, isteri dan beliawanis yang menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial.

Di antara aktiviti ekonomi yang menjadi tumpuan ialah bidang memproses makanan basah seperti sos cili, sos tomato, kicap serta makanan ringan, kraftangan, jahitan dan pertanian. Selaras dengan pelancaran Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar dalam tahun 1994, RISDA telah meningkatkan usaha membimbing ahli-ahli menjadi usahawan dan hasil keluaran mereka dikomersilkan.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: 3240825

Tarikh Kemaskini :
 22/02/ 2017
.