Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: 3258644

Tarikh Kemaskini :
 22/03/ 2017
.

RISDA Holdings Sdn Bhd (RISDA HOLDINGS)

RISDA HOLDINGS SDN. BHD.

RISDA Holdings Sdn. Bhd., (RHSB) ditubuhkan pada 5 April 2011 dan merupakan sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM100 juta dan modal berbayar RM16 juta. Syarikat ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2012. Selaras dengan kelulusan penstrukturan semula Syarikat Milikan RISDA oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kewangan pada 4 Mac 2011, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-216 pada 6 Oktober 2011 telah bersetuju untuk melantik RHSB sebagai agen mengurus Syarikat Milikan RISDA (SMR).

Syarikat juga bertanggungjawab untuk penjajaran Pemegang Saham SMR, menyelaras syarikat untuk berkembang maju serta berdaya saing, penjajaran operasi syarikat-syarikat subsidiari, menubuhkan rancangan Pengurusan Rasionalisasi Perniagaan Subsidiari, pemusatan fungsi dan penubuhan Koperasi baru.

Aktiviti lain yang dijalankan oleh RHSB ialah perancangan korporat, perundangan, kesetiausahaan dan pematuhan, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, kewangan dan audit dalam serta hal-hal berkaitan teknologi maklumat. RHSB juga merupakan penyelaras dasar bagi semua SMR.


SYARIKAT MILIKAN RISDA DI KAWAL SELIA RHSB MENGIKUT SEKTOR

Terdapat 13 buah SMR berada di bawah kawal selia RHSB mengikut sektor adalah seperti berikut:

BIL. SEKTOR SMR
1. Perladangan
  1. ESPEK Sdn. Bhd.
  2. RISDA Plantation Sdn. Bhd.
  3. ESPEK Plantation Sdn. Bhd.
2. Input Pertanian
  1. RISDA Baja Sdn. Bhd.
  2. RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd.
  3. RISDA Security And Services Sdn. Bhd
3. Pengangkutan
  1. RISDA Fleet Sdn. Bhd.
4. Pembiayaan (‘Factoring’ pinjaman perumahan, kereta dan komputer)
  1. Permodalan RISDA Berhad (PRB)
5. Insurans
  1. Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd.
6. Ternakan
  1. ESPEK Livestock Sdn. Bhd.
7. Pembangunan Aset Dan Hartanah
  1. RISDA Bina Sdn. Bhd.
8. Pendidikan
  1. Kolej RISDA Sdn. Bhd.
9. Catering & Majlis
  1. RISDA Catering & Event Sdn. Bhd.
10. Kebajikan
  1. Yayasan RISDA

 

 

MISI

Mengembeling dan menjajar subsidiary ke arah “competitiveness and viability” dengan mengeluarkan produk dan perkhidmatan berkualiti berteraskan budaya professional dengan mengoptimumkan sumber sedia ada dan penerokaan sumber baru.

VISI

Pemangkin dan peneraju syarikat milikan Kumpulan RISDA ke arah syarikat berprestasi tinggi.

OBJEKTIF

  1. Memperkemaskan aktiviti-aktiviti setiap Syarikat Milikan RISDA (SMR).
  2. Penjajaran pegangan saham SMR.
  3. Merangka dasar rancangan perniagaan untuk dijadikan panduan halatuju SMR.
  4. Mengembeling dan meneroka sumber dana pembiayaan untuk tujuan pertumbuhan SMR.
RISDA HOLDINGS SDN. BHD. (RHSB)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN EN. MEOR MOHD ZAMNIS BIN MEOR HASSAN
ALAMAT

TINGKAT 7, GRAHA ESPEK,

NO 31, JALAN SULAIMAN 3,

TAMAN PUTRA SULAIMAN,

68000 AMPANG,

SELANGOR

NO. TELEFON 03-4270 2369
NO. FAKS 03-4270 1846
LAMAN WEB RASMI www.risdaholdings.com.my
EMAIL risdaholdings@risdaholdings.com.my

ESPEK Sdn Bhd (ESPEK)

ESPEK SDN. BHD. (ESPEK)

ESPEK Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM250 juta dan modal berbayar RM20 juta. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 11 Julai 1981 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan tujuan untuk mengurus tadbir ladang - ladang RISDA yang telah dibangunkan di bawah program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB).

ESPEK dipertanggungjawabkan untuk menguruskan 19 buah ladang RISDA di seluruh negara dengan keluasan 47,590.05 hektar yang meliputi 35,160.69 hektar kawasan sawit matang, 75.40 hektar kawasan sawit muda dan 3,872.54 hektar kawasan yang dalam proses tanam semula. Kawasan getah pula meliputi 277.01 hektar kawasan getah matang dan 309.43 hektar kawasan getah muda. Selain itu, ESPEK juga terlibat dengan pembangunan Ladang Ortet dengan keluasan 262.89 hektar.

Dalam pengurusan kilang pula, ESPEK bertanggungjawab dalam menguruskan tiga (3) buah kilang sawit RISDA iaitu Kilang Sawit RISDA Durian Mas, Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong dan Kilang Sawit RISDA Sg. Ambat.

ESPEK turut juga memberikan perkhidmatan pemetaan GPS-GIS dengan mengukur dan menyediakan peta digital ladang dengan menggunakan GPS serta membina pangkalan data untuk GIS bagi tujuan memeta infrastruktur kawasan.

Antara aktiviti lain yang dijalankan oleh syarikat ialah memberikan perkhidmatan analisa daun dan baja, perkhidmatan analisa tanah dan kajian siri tanah, perkhidmatan pemeriksaan ladang, penilaian dan kajian fisibiliti untuk pembukaan ladang sawit dan getah, perlombongan bijih besi dan penyediaan tempat latihan di Akademi ESPEK Ulu Slim dan Akademi ESPEK Keratong.

 

akademi espek ulu slim

Akademi ESPEK di Ladang RISDA Ulu Slim

 

akademi espek keratong

 Akademi ESPEK di Ladang RISDA Keratong

 

perkhidmataan pemetaan gps gis

Perkhidmatan pemetaan GPS/GIS

 

peta lakaran tangan gps gis peta digital gps gis

Peta lakaran tangan dan digital

ESPEK Research Advisori Services makmal 1

ESPEK Research Advisori Services makmal 2

Jabatan ESPEK Research Advisory Services (ERAS) Bangi.

ESPEK SDN. BHD. (ESPEK)

ESPEK SDN. BHD. (ESPEK)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TN. HJ ABDUL AZIZ BIN JAAFAR
ALAMAT ESPEK SDN. BHD.
GRAHA ESPEK
NO. 31, JALAN SULAIMAN 3,
TAMAN PUTRA SULAIMAN,
68000 AMPANG,
SELANGOR
NO. TELEFON 03-42704021
NO. FAKS 03-42704844
LAMAN WEB RASMI www.espek.com.my
EMAIL espek@espek.com.my

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) merupakan sebuah  Insitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik penuh Syarikat Milikan RISDA ditubuhkan pada tahun 1999 pada asalnya dikenali sebagai Kolej RISDA Sdn Bhd. UCAM ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan mula beroperasi pada 8 Januari 1999.

Sejarah penubuhan UCAM bermula pada tahun 1960 yang mulanya dikenali sebagai Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI). Pada tahun 1973, pengurusan RISDA telah mengambil alih institut tersebut dan dinamakan sebagai Sekolah Latihan RISDA. Sekolah Latihan Getah terus berkembang menjadi Institut Latihan RISDA. Ketika itu ILR berperanan sebagai institusi bagi menjalankan aktiviti latihan pengurusan dan teknikal serta program-program pengembangan kepada komuniti pekebun kecil RISDA.

Secara rasminya pada tahun 1999, institut ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej RISDA. Setelah beroperasi selama 14 tahun, pada tanggal 8 Disember 2014 Kolej RISDA telah melakar sejarah apabila diluluskan dan dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti Agrosains Malaysia Malaysia atau singkatanya UCAM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seiring dengan penumpuan negara dalam Program Transformasi Ekonomi terutama dalam sektor pertanian melalui inisiatif dalam memberi fokus kepada rakyat berpendapatan tinggi, UCAM menawarkan program akademik pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan bagi generasi kedua masyarakat pekebun kecil dan luar bandar. Pengalaman 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan, UCAM kini menawarkan platform untuk program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, UCAM turut menawarkan program-program dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Perniagaantani, Landskap, Pengurusan Ternakan, Sains Komputer serta Kursus Kemahiran / Latihan.

Kampus utama UCAM teletak di Alor Gajah, Melaka yang mempunyai keluasan 150 ekar yang meliputi zon Pentadbiran, Akademik, Perladangan, Kolej Kediaman serta Sukan dan Rekreasi. UCAM juga turut mempunyai 4 cawangan iaitu Kolej RISDA Semporna, Sabah yang menawarkan program-program akademik. Selain itu Pejabat Zon Tmur (Kelantan), Pejabat Zon Tengah (Pahang) dan Pejabat Zon Utara (Perak) pula beroperasi sebagai pusat latihan dalam menjalankan program-program Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus pendek.

UCAM bukan sahaja menyediakan program pengajian akademik yang berkualiti dan mengikut keperluan industri, malah program yang ditawarkan turut mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain itu UCAM turut diiktiraf MS ISO 9001:2008 dalam Sistem Pengurusan Kualiti serta mendapat  Penarafan 5 bintang MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehingga kini UCAM telah melahirkan seramai lebih 7000 orang graduan dalam bidang pertanian dan perladangan amnya.

VISI

  Menjadi Institusi Pembelajaran yang unggul bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten.

MISI

  Menawarkan program pengajian mengikut kehendak pasaran.
  Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan.
  Memberi khidmat kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti profesional yang relevan.
 
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DATUK DR. HAJAH FARIDAH HANAM BINTI MOHD RASHID
ALAMAT

KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
LOT 2020, AYER PA’ABAS
78000 ALOR GAJAH, MELAKA

KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH
LOT SHOP A21, A22 DAN A23
BANDAR UTAMA, JALAN BUBUL,
91308 SEMPORNA, SABAH

KOLEJ RISDA KELANTAN
D/A PEJABAT RISDA STESEN PASIR PUTEH
JLN. PEGAWAI, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN

KOLEJ RISDA PAHANG
D/A IKPK RISDA
PEKAN AWAH, 23000 TEMERLOH, PAHANG

KOLEJ RISDA PERAK
D/A IKPK RISDA
PADANG RENGAS, 37000 KUALA KANGSAR, PERAK

PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR
SUITE 16 E, TINGKAT 16
PLAZA AMPANG CITY
JLN. AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR
NO. TELEFON

KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
06-5529227
06-5529642

KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH
089-785220

KOLEJ RISDA KELANTAN
09-7860257

KOLEJ RISDA PAHANG
09-2987064

KOLEJ RISDA PERAK
05-7585531

PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR
03-42571677
03-42572677
NO. FAKS

KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
06-5529963

KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH
089-785221

KOLEJ RISDA KELANTAN
09-7860109

KOLEJ RISDA PAHANG
09-2987064

KOLEJ RISDA PERAK
05-7584691

PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR
03-42534831
LAMAN WEB RASMI www.ucam.edu.my
EMAIL

KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
admin@ucam.edu.my

KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH
sabah@ucam.edu.my

KOLEJ RISDA KELANTAN
kelantan@ucam.edu.my

KOLEJ RISDA PAHANG
pahang@ucam.edu.my

KOLEJ RISDA PERAK
perak@ucam.edu.my

PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR
kl@ucam.edu.my

Permodalan RISDA Berhad

Aktiviti perniagaan utama PRB masakini ialah :-

  1. Mentadbir dan menguruskan pelaburan dana Komponen Tunai RTBB serta lain-lain dana milikan RISDA dan SMR
  2. Mentadbir dan menguruskan Tabung Pembiayaan RISDA meliputi Pembiayaan Perumahan, Kenderaan dan Komputer untuk semua staf RISDA
  3. Pembiayaan Peribadi untuk semua staf RISDA dan SMR
  4. Pembiayaan Pemfaktoran yang kini menjadi penyumbang utama kepada pendapatan PRB
  5. Projek-projek ICT, Multimedia dan Telekomunikasi

VISI

Ke arah menjadi badan korporat yang unggul dalam bidang pengurusan dana, pelaburan dan pembiayaan.

MISI

Mentadbir dan mengurus dana, pelaburan dan pembiayaan secara cekap dan profesional.

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan rancangan khusus pengukuhan Dana Komponen Tunai RTBB
  2. Menguruskan Dana Komponen Tunai RTBB
  3. Menguruskan Dana-dana RISDA
  4. Menjalankan aktiviti lain yang berfaedah
PERMODALAN RISDA BERHAD (PRB)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI
ALAMAT NO. 5-5D, WISMA AMPANG TRIANGLE I
JALAN MEMANDA 7/1
OFF JALAN AMPANG 68000 AMPANG
SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TELEFON 03-4256 3777
NO. FAKS 03-4257 5480
LAMAN WEB RASMI www.prb-risda.com.my
EMAIL prbgm@risda.gov.my

Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd.

PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (PROTAC) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1972. Pada tahun 1991, Smallholders Development Corporation (SHDC) sekarang dikenali sebagai RISDA Security And Services Sdn Bhd (RSS) sebuah anak syarikat RISDA telah mengambil alih ekuiti PROTAC daripada pemilik asal melalui keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke 94 pada 30 Ogos 1990. Tujuan asal pengambil alihan ekuiti ini ialah agar PROTAC dapat menguruskan keperluan insurans bagi RISDA dan Syarikat Milikan RISDA.

Selain daripada menguruskan keperluan insurans RISDA dan Syarikat Milikan RISDA, PROTAC juga telah meluaskan perkhidmatannya ke Kementerian Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan.
PROTAC adalah merupakan sebuah broker insuran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Buat masa ini PROTAC memiliki Lesen Broker Insurans Dan Lesen Broker Takaful.

VISI DAN MISI

Menyediakan perkhidmatan broking insurans dan pengurusan risiko yang terbaik kepada pelanggan dan pengurusan risiko dengan menawarkan produk insurans yang berkualiti berdasarkan kos yang kompetitif memenuhi janji kami menyelesaikan semua tuntutan dengan cepat, adil dan saksama. Falsafah kami adalah “Pelanggan Sentiasa Diberi Keutamaan”.

PROTAC INSURANCE BROKERS SDN. BHD. (PROTAC)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TN. HJ. KAMARULZAMAN BIN HJ. NORDIN
ALAMAT IBU PEJABAT PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD
WISMA PROTAC,
NO. 35, JALAN MAMANDA 7, AMPANG POINT,
68000 AMPANG, SELANGOR
ALAMAT CAWANGAN

PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (KEDAH)
TINGKAT 2, BANGUNAN RISDA NEGERI KEDAH,
JALAN TELOK WANJAH,
05990 ALOR SETAR, KEDAH

PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (MELAKA)
TINGKAT 2, BANGUNAN RISDA NEGERI MELAKA,
36, JALAN TUN SRI LANANG,
75100 MELAKA
NO. TELEFON

IBU PEJABAT:
03-4251 1635
03-4251 1636

CAWANGAN KEDAH:
04-730 5622

CAWANGAN MELAKA:
06-281 3735
NO. FAKS IBU PEJABAT:
03-4251 2381
03-4257 0627
LAMAN WEB RASMI  www.protac.com.my
EMAIL contact@protac.com.my

RISDA Ventures Sdn. Bhd.

RISDA Ventures Sdn Bhd (RVSB) atau dulu dikenali sebagai RISDA Baja Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milik penuh RISDA dan bertanggungjawab untuk menyedia dan membekal baja sebatian kepada pekebun kecil yang menyertai Program Tanam Semula dan Program Peningkatan Produktiviti Getah. Syarikat ini telah ditubuhkan menggunakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Kilang Sawit RISDA Sdn Bhd (KKSR).

Selaras dengan peranan baru ini, RBSB telah menetapkan visi untuk menjadi sebuah syarikat terunggul dalam pembekalan baja sebatian kepada pekebun kecil di negara ini. Untuk itu misi RBSB adalah untuk memberi kepuasan kepada pekebun kecil dengan membekal baja yang berkualiti dengan harga yang terbaik pada masa yang diperlukan.

Syarikat juga menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan Konsortium Baja Nasional (KBN) dalam menguruskan segala aktiviti pembekalan baja untuk keperluan RISDA. Selain itu, syarikat menyediakan serta mewujudkan hubungan perniagaan stokis baja dengan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) di semua kawasan strategik dan meluaskan kawasan perniagaan dengan melahirkan usahawan baru di kalangan pengusaha / peniaga baja khususnya pekebun kecil.

VISI

Menjadi pembekal baja pekebun kecil terunggul di negara.

MISI

Menentukan supaya pekebun kecil mendapat baja berkualiti pada masa diperlukan dengan harga yang terbaik.

OBJEKTIF

Memastikan pekebun kecil ;

  1. Dibekalkan baja berkualiti
  2. Ditawarkan harga baja terbaik
  3. Dibekalkan baja tepat pada masa

baja

RISDA VENTURES SDN. BHD. (RVSB)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. WAHID MARICAN BIN MOHAMAD DAUD MARICAN
ALAMAT

RISDA BAJA SDN BHD
E6-1, JALAN SELAMAN ½,
DATARAN PALMA,
68000, AMPANG,
SELANGOR.

NO. TELEFON 03-42702737
NO. FAKS 03-42702752
LAMAN WEB RASMI www.risdabaja.com.my
EMAIL info@risdabaja.com.my

RISDA Bina Sdn Bhd

Nama asal RISDA BINA SDN. BHD. (RISDA BINA) ialah WAKTU CERAH SDN. BHD. (WCSB) yang ditubuhkan pada 26 Ogos 1993. Pada awal penubuhannya, WCSB adalah sebuah syarikat di bawah pengurusan sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) iaitu Smallholders Development Corporation (SHDC). Pada 10 Mei 2006, WCSB telah dijadikan anak syarikat RISDA dan dikenali sebagai  BENARIS PROPERTY SDN. BHD (BPSB) dalam usaha menuju ke arah pembentukan imej pembangunan hartanah RISDA yang lebih positif dan progresif.

Pada 29 Mac 2011, BPSB telah ditukar nama kepada RISDA BINA SDN. BHD. (RISDA BINA) dengan fungsi utama penubuhannya ialah sebagai SMR yang bertanggungjawab dalam membangunkan hartanah milikan RISDA yang berpotensi. Syarikat juga bertanggungjawab sebagai syarikat pemaju hartanah dan kontraktor dalam bidang pembangunan kejuruteraan.

                                     bina1  bina2                                             KILANG SEMI D 1½ TINGKAT                       RUMAH HONEYCOMB

VISI

Peneraju pembangunan hartanah utama

MISI

Membangunkan hartanah yang mempunyai potensi pasaran dan melibatkan diri dalam projek kejuruteraan serta mempelbagaikan aktiviti hiliran

RISDA BINA SDN. BHD. (RBINA)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. PUTERA BIN SIDEK
ALAMAT GRAHA ESPEK 2,
39-3 JALAN SULEIMAN 3,
TAMAN PUTRA SULAIMAN,
68000 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
NO. TELEFON

03-4270 6611

03-4270 4708

03-4270 7778
NO. FAKS 03-4270 6190
LAMAN WEB RASMI www.risdabina.com
EMAIL admin@risdabina.com

RISDA Plantation Sdn Bhd

RISDA Plantation adalah sebuah syarikat milikan penuh RISDA yang telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1996. RISDA Plantation ditubuhkan bertujuan mengurus kebun kecil secara komersial dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti huluan dan hiliran.

AKTIVITI UTAMA SYARIKAT

  1. Mengurus tanah atau ladang milik pekebun kecil dan agensi Kerajaan dalam bentuk Tanam Semula Komersial (TSK), dan ladang milik swasta;
  2. Pengestetan Kawasan Matang (PKM) dan Mini Estet (ME) yang ditanam dengan getah dan sawit;
  3. Mengurus ladang getah atau sawit yang dimiliki syarikat;
  4. Mengurus pemasaran hasil getah dan sawit bagi kawasan yang diurus; dan
  5. Melaksanakan perkhidmatan kontrak kerja-kerja pembangunan kawasan, penyelenggaraan dan kutipan hasil getah dan sawit.

VISI

Sebagai peneraju pembangunan tanah pekebun kecil dan perladangan yang berdaya maju dan berdaya saing.

MISI

Mengurus kebun kecil dan ladang secara komersial dan kompetitif serta terlibat dalam aktiviti huluan dan hiliran yang berkaitan.

STRATEGI KORPORAT

  1. Memfokus kepada aktiviti teras perniagaan syarikat untuk memaksimakan perkhidmatan kepada pekebun kecil.
  2. Mengembangkan aktiviti utama syarikat melalui pemilikan ladang dan aset lain.
  3. Membudaya dan melengkapkan pengetahuan staf ke tahap profesionalisma yang unggul dan budaya kerja cemerlang.
  4. Membangun dan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat, kajian dan pembangunan.

OBJEKTIF KORPORAT

  1. Menguruskan tanah pekebun kecil dan ladang dengan Amalan Pertanian Baik setanding dengan pengurusan estet swasta.
  2. Mengawal kos pengeluaran supaya setanding dengan norma industri.
  3. Mengurus pembangunan dan pengeluaran hasil tanah pekebun kecil secara pengestetan komersial khususnya bagi pemilik tanah yang lanjut usia dan tinggal jauh dari tanahnya.
  4. Meluaskan kawasan diurus kepada tanah milik agensi kerajaan dan swasta.
  5. Memasarkan hasil komoditi secara cekap dan efisyen.
  6. Menceburi aktiviti hiliran yang berkaitan.
  7. Mengurustadbir syarikat dengan pertumbuhan untung kasar pada kadar sekurang-kurangnya 5% setahun.
  8. Memberi pulangan dividen yang baik kepada peserta.
  9. Memberi pulangan dividen kepada pemegang saham pada kadar minimum 5% setahun.
RISDA PLANTATION SDN. BHD. (RPSB) 
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TN. HJ. MOHAMMAD SAHLAN BIN MAHNOON
ALAMAT GRAHA RISDA PLANTATION UNIT J,
EXCELLA BUSINESS PARK,
JALAN AMPANG PUTRA,
AMPANG HILIR,
PETI SURAT 13543,
50814 KUALA LUMPUR
NO. TELEFON 03-4270 5104
NO. FAKS 03-4270 5204
LAMAN WEB RASMI www.risdaplantation.com.my
EMAIL admin@risdaplantation.com.my

RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. (RSSB)

RISDA Semaian & Landskap Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 31 Julai 1979 dan dimiliki sepenuhnya oleh RISDA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). RISDA Semaian berstatus bumiputra mula ditubuhkan untuk menyedia dan membekalkan anak-anak benih getah dan kelapa sawit kepada pekebun kecil yang menyertai rancangan tanam semula RISDA.

Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan peluang perniagaan, RISDA Semaian telah menceburi dalam bidang-bidang kerja pengurusan ladang, perlandskapan (merekabentuk, pembangunan & penyelenggaraan), Kerja-kerja sivil, pembersihan (cleaning services) dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.

BENIH GETAH

RISDA Semaian menyediakan anak benih getah dari berbagai klon yang bermutu tinggi dan terbukti di lapangan seperti PB 260, PB 350, RRIM 928, RRIM 929, RRIM 2001, RRIM 2002, RRIM 2025 dan RRIM 3001. Pengeluaran anak benih selain daripada klon-klon tersebut adalah bergantung kepada permintaan.

Benih getah yang disediakan adalah terdiri daripada:

  1. Benih Cantuman Muda Polibeg (BCMP)
  2. Benih Tunggul Cantum Biasa (TCB)
  3. Benih Tunggul Cantuman Polibeg (TCP)
  4. Advance Planting Material (APM)

BENIH SAWIT

RISDA Semaian & Landskap Sdn Bhd menyediakan anak benih sawit DxP dari sumber yang disahkan ketulenannya dan bermutu tinggi. Tapak-tapak  semaian kami diuruskan secara professional dan mendapat pengiktirafan MPOB melalui skim persijilan kewibawaan tapak semaian atau “Code Of Good  Nursery Practice for Oil Palm Nursery” (CoPn).

LANDSKAP & KERJA SIVIL

RISDA Semaian adalah sebuah syarikat yang memegang lesen PKK kelas ‘A’ dan berdaftar dengan CIDB dibawah kelas ‘G7’. Ia mula berkecimpung dalam bidang landskap sejak tahun 1996 di mana kami merupakan antara kontraktor landskap yang terawal terbabit di dalam pembangunan Putrajaya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

  1. Khidmat rekabentuk
  2. Pembangunan & penyelenggaraan landskap
  3. Pindah alih pokok
  4. Kerja-kerja sivil
  5. Pusat jualan
  6. Landskap dalaman
  7. Hiasan pentas

Pengurusan Ladang

RISDA Semaian mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan dan pengurusan ladang. Ladang-ladang getah mulanya dibangunkan dalam tahun 1959 dan kini RISDA Semaian menguruskan pula ladang-ladang sawit. Dengan melaksanakan amalan pertanian dan pengurusan yang baik, ladang sawit yang diuruskan telah mengeluarkan hasil lumayan sehingga 42 tan sehektar setahun.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah :

  1. Pembangunan dan pengurusan ladang (replanting).
  2. Pembekalan benih getah dan sawit.
  3. Pengurusan ladang diperingkat pengeluaran hasil.
  4. Kontraktor membekal pekerja seperti penoreh dan penuai.

VISI

Menjadi peneraju dalam bidang semaian dan landskap.

MISI

Mengeluarkan produk semaian dan landskap berkualiti dengan tenaga mahir yang profesional.

OBJEKTIF

  Melatih tenaga mahir profesional menghasilkan produk berkualiti memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos.

RISDA SEMAIAN & LANDSKAP SDN. BHD. (RSSB)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TN. HJ. ZAHARI BIN MAT AMIN
ALAMAT RISDA SEMAIAN & LANDSKAP SDN. BHD.
NO. 8 JALAN WAWASAN 2/12,
BANDAR BARU AMPANG,
SELANGOR.
NO. TELEFON 03-42701911
NO. FAKS 03-42701922
LAMAN WEB RASMI www.risdasemaian.com.my
EMAIL gsemaian1@risdasemaian.com.my

RISDA Security & Services Sdn Bhd

RISDA Security And Services Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 22 April 1978 sebagai sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM10,000,000. Sebelum ini syarikat lebih dikenali sebagai Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (SHDC). Pada 26 Jun 2014, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-235 telah meluluskan cadangan pertukaran nama SHDC kepada RISDA Security And Services Sdn. Bhd. RSS menjalankan beberapa aktiviti terpilih di mana bidang pembangunan hartanah, pengurusan hartanah dan perdagangan am merupakan perniagaan teras di samping bergiat cergas dalam aktiviti kawalan keselamatan.

Mulai tahun 2002, RSS telah menjadikan aktiviti pembangunan hartanah sebagai perniagaan utamanya. Sebelum ini RSS hanya terlibat sebagai Project Management Consultant (PMC) bagi projek dalaman RISDA tetapi sekarang telah mula terlibat dalam pembinaan secara terus iaitu sebagai Kontraktor. Projek pertama yang dilaksanakan ialah Pembangunan Pusat Latihan RISDA Port Dickson, Negeri Sembilan.

RSS masih meneruskan tanggungjawabnya melaksanan tugas-tugas pengurusan hartanah RISDA di seluruh negara yang telah dijalankan semenjak tahun 1992. Pengurusan hartanah ini meliputi harta-harta berbentuk tanah milik RISDA, bangunan-bangunan pejabat samada Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah. Jabatan ini juga menjalankan aktiviti penyelenggaran sama ada secara terus atau pun melalui khidmat perunding kepakaran teknikal. Perkhidmatan penyenggaran ini tidak tertumpu kepada hartanah RISDA tetapi juga terbuka kepada pasaran luar.

Bahagian Keselamatan RSS telah ditubuhkan pada 1 Jun 1990. Perkhidmatan ini khusus ditawarkan kepada syarikat Induk iaitu RISDA dan anak-anak syarikat RISDA. Ini adalah selaras dengan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri yang memberi kebenaran terhad untuk menjalankan urusan perkhidmatan kawalan menjaga harta benda sendiri.

Satu lagi aktiviti yang dilaksanakan oleh RSS adalah Perdagangan Am. RSS mempunyai pengalaman luas di dalam aktiviti ini semenjak tahun 1980 dan bergerak cergas secara komersil. Setakat ini RSS telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk bekalan barangan bagi 24 bidang. Di antara bidang urusniaga yang aktif ialah pembekalan kenderan, jentera ladang, makanan mentah dan siap, input pertanian dan peralatan pejabat.

VISI

Peneraju khidmat keselamatan dan pengurusan sewaan hartanah.

MISI

Menyediakan khidmat pengawal keselamatan dan pengurusan sewaan hartanah yang lebih komited dan berinovasi demi kepuasan pelanggan dengan aduan sifar.

OBJEKTIF SYARIKAT

  1. Meluaskan khidmat pengawal keselamatan kepada pasaran terbuka dengan mengambil lesen komersial.
  2. Memastikan pembayaran sewaan hartanah RISDA mengikut jadual yang ditetapkan.
  3. Memperkasakan khidmat pengawal keselamatan dengan pengambilan pengawal yang lebih teratur mengikut ketetapan KDN.
RISDA SECURITY AND SERVICES SDN. BHD. (RSS)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. AHMAD RAMDZANI BIN KESOT
ALAMAT

RISDA SECURITY & SERVICES SDN. BHD. (IBU PEJABAT)
NO. B11, JALAN AMPANG UTAMA 2/2,
ONE AMPANG AVENUE,
OFF JALAN AMPANG,
68000 AMPANG,
SELANGOR.

RSS CAWANGAN TIMUR
TINGKAT 2, PEJABAT RISDA NEGERI PAHANG
LOT 7876, JALAN HAJI JUNID
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

RSS CAWANGAN UTARA
TINGKAT 2, PEJABAT RISDA NEGERI KEDAH
JALAN TELUK WANJAH
05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
 
RSS CAWANGAN SELATAN
TINGKAT 2, PEJABAT RISDA NEGERI MELAKA
JALAN TUN SRI LANANG
75100 MELAKA
NO. TELEFON

RSS IBU PEJABAT
03-42576340
03-42576123
03-42534395
03-42534396

RSS CAWANGAN TIMUR
09-5133463

RSS CAWANGAN UTARA
04-7303127

RSS CAWANGAN SELATAN
06-2847136
NO. FAKS

RSS IBU PEJABAT
03-42576322

RSS CAWANGAN TIMUR
09-5133463

RSS CAWANGAN UTARA
04-7303127

RSS CAWANGAN SELATAN
06-2847136
LAMAN WEB RASMI www.shdcsb.com.my
EMAIL mail@shdc.com.my

RISDA Fleet Sdn Bhd

RISDA Fleet Sdn. Bhd. adalah anak syarikat RISDA yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan telah diperbadankan pada 1 Februari 2002, usahasama RISDA dan National Rubber Smallholders Corperative Berhad (NARSCO) dengan pegangan saham sebanyak 70% (RISDA) dan 30% (NARSCO). RFSB ditubuhkan dengan tujuan menjadikan salah sebuah syarikat pengendali pengangkutan yang utama, berdaya saing di peringkat negara dan juga antarabangsa.

Syarikat turut melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan bengkel baikpulih kenderaan secara komersil dan efisyen. Selain itu, syarikat juga mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam membekalkan baja, benih dan input pertanian kepada pelanggan ke seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Syarikat berhasrat untuk menjadi "Market Leader" di dalam industri pengangkutan lori kargo, lori rigid dan lori tangki dengan meraih pendapatan tidak kurang daripada RM100 juta setahun menjelang tahun 2020.

VISI

  Menjadi sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang unggul, berinovatif serta berdaya saing dalam industri pengangkutan perdagangan negara.

MISI

  Untuk membangunkan sebuah syarikat pengangkutan dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti, cekap, tepat, selamat, kompetitif serta memenuhi citarasa pelanggan secara berterusan.

RISDA FLEET SDN. BHD. (RFSB)
 NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. NOR AZIZ BIN KARIM
 ALAMAT RISDA FLEET SDN. BHD.
NO. 47, JALAN KAMPUNG PANDAN,
56100 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
 NO. TELEFON 03-92860100
03-92860200
03-92860400
NO. FAKS 03-92860500 (Operasi)
03-92001425 (Kewangan)
03-92001426 (Pentadbiran & PSM)
LAMAN WEB RASMI RISDA Fleet Sdn. Bhd. (Facebook)
EMAIL rfsbhq@risdafleet.com.my

RISDA Catering & Event Sdn. Bhd.

RISDA Catering & Event Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 27 Mac 2015 dan merupakan syarikat milikan penuh RISDA. Teras perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

  1. Penyediaan tempat, katering dan pengurusan majlis perkahwinan di premis RISDA seperti Dewan Gemalasari (KL), Pusat Latihan RISDA (Ristec) Port Dickson dan Puribuana, Bangi.
  2. Katering dan pengurusan majlis-majlis rasmi /Mesyuarat/Kursus.
  3. Penyediaan tempat dan tunggu selia Majlis/Mesyuarat/ Kursus/ di Dewan Gemalasari dan Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA.
  4. Perkhidmatan kantin dan katering di pejabat dan pusat latihan.

VISI

Menyediakan tempat, katering dan khidmat pengurusan majlis yang eksklusif ke arah menempatkan nama RISDA Catering & Event dalam kelompok elit perkhidmatan katering dan pengurusan majlis.

  Mempromosi produk usahawan pekebun kecil untuk hiasan dan door-gift majlis-majlis yang diuruskan oleh RCESB.

PAKEJ PERKAHWINAN DI DEWAN GEMALASARI

                                             rce1  rce2  rce3

RISDA CATERING & EVENT SDN. BHD. (RCESB)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. SAZALI BIN ZAINAL ABIDIN
ALAMAT RISDA CATERING & EVENT SDN. BHD.
HEVEA 5, TINGKAT 1, BANGUNAN RISDA
JALAN AMPANG,
50450, KUALA LUMPUR.
NO. TELEFON 03-42575468
NO. FAKS 03-42701073
LAMAN WEB RASMI www.risdacatering.com.my
EMAIL risdacesb@gmail.com

ESPEK Plantation Sdn Bhd

ESPEK Plantation Sdn. Bhd., (EPSB) ditubuhkan pada 29 Januari 2008 dan merupakan sebuah syarikat milikan penuh ESPEK Sdn. Bhd. dengan modal dibenarkan sebanyak RM25 juta dan modal berbayar RM6 juta. Aktiviti utama syarikat terbahagi kepada lima (5) sektor utama iaitu:

1. Pembangunan Ladang

Menguruskan ladang dalam bentuk penanaman baru dan tanam semula.

2. Kerja-kerja ladang

Merangkumi penuaian BTS, penorehan getah, kerja-kerja penyelenggaraan ladang dan aktiviti    membaja serta meracun.

3. Pemasaran

Fokus kepada membeli dan menjual BTS, sekerap getah serta pemasaran baja tambahan.

4. Kontrak Am

Membekal dan memBina jalan pertanian, jambatan timbang, digester tank, Booster Pump Suction Tank, kilang sawit, rumah pekerja ladang serta membekal dan memproses baja organik.

5. Perkhidmatan

Membekal jentera ladang, peralatan keselamatan ladang, anak pokok sawit dan getah, racun serta bahan api dan minyak pelincir kenderaan.

VISI

   Menjadi sebuah syarikat pemborong kerja-kerja perladangan yang berwibawa, komprehensif dan kompetitif di Malaysia.

MISI

   Menjalankan kerja perkhidmatan dan bekalan dalam sektor perladangan dan perkilangan sawit dengan profesional, efisien dan kompetitif.

ESPEK PLANTATION SDN. BHD. (EPSB)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. DAUD BIN KASA
ALAMAT NO.37-1 & 39-1, TINGKAT 1, GRAHA ESPEK 2,
JALAN SULAIMAN 3, TAMAN  PUTRA  SULAIMAN,
68000  AMPANG,   SELANGOR   DARUL  EHSAN.
NO. TELEFON 03-42704021
NO. FAKS 03-42701120
LAMAN WEB RASMI www.espsb.com.my
EMAIL info@espsb.com.my

ESPEK Livestock Sdn Bhd

ESPEK Livestock Sdn. Bhd., (ELSB) ditubuhkan pada 2 September 1996 dan merupakan sebuah syarikat milikan penuh ESPEK Sdn. Bhd. dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta dan modal berbayar RM5.5 juta.

AKTIVITI UTAMA SYARIKAT

  1. Menternak dan mengeluarkan lembu baka berkualiti melalui penternak secara integrasi bersistematik;
  2. Mengeluarkan lembu pedaging melalui sistem penternakan secara integrasi menghasilkan daging yang berkualiti;
  3. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran tentang pemeliharaan lembu secara integrasi kepada pengusaha yang berminat;
  4. Mewujudkan usahasama dengan lain-lain syarikat yang boleh menghasilkan sinergi ke arah mencapai keuntungan yang lebih;
  5. Mengeluarkan batu garam (ESPEK Mineral Blok) ternakan untuk kegunaan sendiri dan jualan luar;
  6. Mengurus Projek ternakan di Ladang-Ladang RISDA dengan amalan penternakan yang cekap dan menguntungkan;
  7. Membantu RISDA dalam melaksanakan aktiviti ekonomi tambahan (AET) untuk Pekebun Kecil seperti membekalkan baka-baka lembu;
  8. Menghasilkan dan mengeluarkan baja Organik yang berkualiti berasaskan ternakan ruminan menggunakan teknologi mesra alam; dan
  9. Menternak dan mengeluarkan baka kambing boer yang bermutu dan berkualiti untuk pemeliharaan dan penghasilan daging yang memenuhi piawaian yang ditetapkan mengikut kehendak pasaran semasa.

VISI

  Menjadi sebuah syarikat yang unggul dalam pengeluaran lembu baka dan lembu pedaging untuk meningkatkan bekalan daging lembu di Malaysia.

MISI

  Memaksimakan keuntungan syarikat dengan mengoptimumkan penggunaan sumber melalui penternakan lembu secara integrasi di ladang kelapa sawit dan penggemukkan lembu secara fidlot serta mengeluarkan ESPEK Mineral Blok .

OBJEKTIF

  1. Mengoptimumkan penggunaan kawasan ladang dengan nisbah dua hektar bagi seekor lembu melalui pengurusan ladang yang cekap.
  2. Mengeluarkan lembu baka yang bermutu melalui kaedah teknologi terkini.
  3. Mengeluarkan lembu pedaging yang memenuhi citarasa pelanggan.
  4. Mengeluarkan batu garam ESPEK Mineral Blok untuk pasaran tempatan dan ekspot.

PIAGAM PELANGGAN

Mengusahakan integrasi ternakan lembu dalam ladang sawit dengan kos penjagaan tidak melebihi RM250 seekor setahun, kadar kelahiran tidak kurang dari 70% setahun dan kematian kurang dari 3% setahun.

elsb

ESPEK LIVESTOCK SDN. BHD. (ELSB)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. MARHALIM BIN HASHIM
ALAMAT ESPEK LIVESTOCK SDN. BHD. (ELSB)
GRAHA ESPEK 2, NO. 39-2, JALAN SULAIMAN 3,
TAMAN PUTRA SULAIMAN,
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TELEFON 03-4270 6939
NO. FAKS 03-4270 1073
LAMAN WEB RASMI espeklivestock@espeklivestock.com
EMAIL admin@espeklivestock.com

YAYASAN RISDA

Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan syarikat milik penuh RISDA telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-224 pada 21 Februari 2013. Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Untuk mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan pekebun kecil, warga RISDA dan warga Syarikat Milikan RISDA (SMR) termasuk keluarga terdekat masing-masing, pesara-pesara RISDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya melalui latihan dan pendidikan, pembangunan sukan dan kesihatan, rangsangan sosio ekonomi dan kebudayaan serta peruntukan kemudahan tambahan.
  2. Untuk mewujud dan menyediakan dana kepada golongan miskin, kelainan upaya, anak yatim, anak-anak terbiar dan ibu tunggal melalui peruntukan dalam bentuk derma, bantuan kewangan dan kemudahan yang perlu serta mengwujudkan inisiatif, program serta skim sokongan.
  3. Menyelaraskan Program Dan Inisiatif untuk penyaluran bantuan sebagai usaha mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan dan kelaparan serta bantuan kepada mangsa bencana alam.

VISI

Menjadi Peneraju Kepada Kesejahteraan Komuniti RISDA Dan Luar Bandar.

MISI

  1. Menyedia dan menyelaras dana serta bantuan ke arah peningkatan kesejahteraan komuniti RISDA dan luar bandar.
  2. Bertindak sebagai wahana penyaluran bantuan, kemudahan dan kesedaran kepada komuniti RISDA dan luar bandar.

BANTUAN YANG DISEDIAKAN OLEH YAYASAN RISDA

  1. Skim Bantuan Pelajaran (Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil)
  2. Skim Bantuan Anak Yatim Dan Ibu Tunggal
  3. Skim Bantuan Sukan
  4. Skim Bantuan Pelajar
  5. Skim Bantuan OKU
  6. Skim Bantuan Bencana Alam
  7. Skim Bantuan Kemajuan Keluarga
  8. Biasiswa IPT Anak Pekebun Kecil.
YAYASAN RISDA (YR)
NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PN. HJH. FAIZATUL AKMAR BINTI DATO' HISAN
ALAMAT

NO. 31, TINGKAT 4, GRAHA ESPEK,

JALAN SULAIMAN 3,

TAMAN PUTRA SULAIMAN,

68000 AMPANG,

SELANGOR.

NO. TELEFON 03 - 42703066
NO. FAKS 03 - 42703060
LAMAN WEB RASMI -
EMAIL yayasanrisda@gmail.com