Perutusan Pengarah | Moto | Visi | Misi | Objektif | Strategi | Fungsi | Carta Unit
Perutusan Pengarah | | Salam Sejahtera, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam memupuk tadbir urus yang baik dalam pengurusan sumber manusia. Oleh itu, inisiatif dan mekanisma yang berterusan sentiasa diambil bagi menambahbaik sistem penyampaian demi memenuhi harapan dan kehendak pelanggan. Selaras dengan lima teras utama yang telah digariskan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 31 Mac 2006 dalam RMK9, yang menekankan untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berperanan meningkatkan keupayaan pengetahuan pegawai dan kakitangan untuk memupuk ’Minda Kelas Pertama’. Antara peranan dan tanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia, bahagian ini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara yang cepat dan menepati keperluan. Ini dapat direalisasikan berdasarakan 7 komponen yang berikut: - Perancangan Sumber Manusia
- Pengurusan Pengambilan
- Pengurusan Penempatan, Pertukaran dan Pusingan Kerja
- Pengurusan Prestasi dan Kompentensi
- Strategi Pembangunan Kerjaya, Pembangunan Kepimpinan dan Perancangan Penggantian
- Strategi Latihan
- Pengurusan Pengiktirafan dan Penghargaan
Kandungan maklumat mengenai pelbagai aspek pengurusan sumber manusia yang dikendalikan oleh bahagian ini diharap dapat menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua pengguna. Kemudahan untuk berurusan melalui internet seperti mendapatkan pekeliling dan surat pekeliling terbaru, mengemukakan pertanyaan, membuat aduan terhadap sesuatu kemusykilan dan memohon untuk mengikuti kursus diharap akan memudah dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada para pelanggan. Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dapat menyumbang ke arah mewujudkan knowledge workers yang diperlukan di dalam perkhidmatan awam selaras dengan kemajuan pesat di dalam knowledge economy. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat yang telah membangunkan portal bahagian ini. Diharap portal ini akan meningkatkan jaringan hubungan antara Kementerian dan Jabatan, semua pusat tanggungjawab kerana ia memudahkan perkongsian maklumat dan akses kepada maklumat yang terkini. Akhir kata, saya amat menggalakkan tuan-tuan dan puan-puan menggunakan portal ini dan saya percaya penggunaan teknologi maklumat sepenuhnya akan menjadikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai sebuah bahagian yang berteraskan maklumat. Sekian, Terima Kasih. Hjh Shamshiah Bte. Nor Hashim Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tingkat 10, Ibu Pejabat RISDA, RISDA | |

Moto | Quality Staff For Quality Service – Commitment For Excellence. | |
Visi | Menjadi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Yang Komited Dan Profesional. | |
Misi | Menyediakan Sumber Manusia Yang Kompeten Dan Efisien. | |
Objektif | Merancang dan mengenal pasti keperluan sumber manusia mengikut keperluan RISDA. Merancang dan melaksanakan secara berterusan program pembangunan sumber manusia bagi meningkatkan kompetensi dan kemajuan kerjaya. Menyediakan pengurusan dan pentadbiran sumber manusia yang efisien dalam membantu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian. | |
Strategi Bahagian | Memfokus kepada perancangan strategik sumber manusia untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Memperkasakan program "Pelan Penggantian Sumber Manusia" bagi melahirkan modal insan kelas pertama untuk membantu pencapaian matlamat RISDA. Melaksanakan pengurusan sumber manusia mengikut strategi "put the right person at the right job at the right time at the right place" bagi memastikan sistem penyampaian yang efisien. | |
Fungsi | Struktur Organisasi. Perancangan Sumber Tenaga Manusia. Penggredan / agihan jawatan. Skim Perkhidmatan. Pengambilan / Lantikan. Merancang dan mengenalpasti bidang kemahiran yang diperlukan. Melaksanakan program pembangunan personal. Mengurus seminar, persidangan, bengkel dan lawatan sambil belajar. Tatatertib, Kenaikan pangkat dan laporan prestasi. Merangka dan melaksana semua jenis peperiksaan untuk tujuan pengesahan jawatan dan penilaian tahap kecekapan. Merangka dan melaksanakan kursus-kursus untuk tujuan Penilaian Tahap Kecekapan. | |
Carta Unit | 
| |