Sistem Kualiti menguruskan Bantuan Tanam Semula bagi semua jenis tanaman yang diluluskan oleh RISDA akan dilaksanakan melalui tiga peringkat seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah berikut:- | Manual Kualiti | Dokumen Dasar | | Prosedur Kualiti | Dokumen mengenai apa, kenapa, bila dan siapa untuk menjalankan tugas | Arahan kerja senarai tugas dokumen sokongan | Dokumen bagaimana menjalankan tugas | a. Peringkat Pertama-Manual Kualiti (MK) Manual kualiti menjelaskan dasar dan objektif kualiti serta prinsip-prinsip bagi setiap elemen yang diperlukan dalam MS ISO 9002:1994 bagi menentukan Pengurusan Bantuan Tanam Semula Getah dan Kelapa Sawit yang dikeluarkan itu menepati dan memenuhi kehendak pelanggan. b. Peringkat Kedua-Prosedur Kualiti (PK) Prosedur Kualiti menyokong dasar dan prinsip bagi setiap elemen keperluan MS ISO 9002:1994 yang berkaitan seperti yang dinyatakan di dalam Manual Kualiti. Ia menjelaskan perkara-perkara berikut :- - Langkah-langkah yang perlu diikuti dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di dalam Pengurusan Bantuan Tanam Semula bagi semua jenis tanaman yang diluluskan.
- Pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan setiap langkah dalam sesuatu aktiviti.
- Hubungkaitkan perlaksanaan langkah tersebut dengan pegawai-pegawai lain dan pihak luar yang berkaitan.
c. Peringkat Ketiga- Arahan kerja (AK) Arahan Kerja adalah dokumen panduan yang menghuraikan dengan terperinci bagaimana melaksanakan sesuatu aktiviti di bawah Prosedur Kualiti yang berkaitan dengan Pengurusan Bantuan Tanam Semula bagi semua jenis tanaman yang diluluskan. d. Pelaksanaan Sistem Kualiti Semua pegawai dan staf RISDA di semua peringkat Pusat Tanggungjawab dikehendaki melaksanakan Sistem Kualiti ini dalam Pengurusan Bantuan Tanam Semula bagi memenuhi kehendak pelanggan. e. Dokumen Berkaitan Dokumen-dokumen berkaitan yang dirujuk adalah seperti berikut: i. Manual Kualiti MK - RISDA Manual Kualiti Pengurusan Bantuan Tanam Semula semua jenis tanaman yang diluluskan dari bantuan pertama hingga bantuan akhir. (Wang Tunai dan Mata Benda MS ISO 9002:1994). ii. Prosedur Kualiti PK-RISDA -A 01 Penerimaan-penerimaan bantuan semula. |