Fungsi RISDA
- Melaksanakan pembaharuan pertanian yang dihasilkan daripada penyelidikan.
- Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah bagi mempercepatkan proses permodenan sektor pekebun kecil.
- Melaksanakan penanaman semula dan penanaman baru dengan klon-klon baru yang boleh mengeluarkan hasil yang tinggi melalui amalan agronomi yang baik.
- Memastikan bahawa sektor pekebun kecil adalah dimodenkan dari segala segi bagi membaiki keadaan ekonomi mereka.
- Mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan pembangunan sektor pekebun kecil.
- Mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang beranggungjawab dari semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil.
Fungsi-Fungsi Lain
Selain dari tugas dan fungsi sepertimana termaktub dalam Akta RISDA 1972, RISDA juga melaksanakan program pembangunan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Luar Bandar seperti Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Gerakan Desa Wawasan (GDW), Program Pembangunan Prasana, Perumahan Rakyat Termiskin dan lain-lain.