|
|
PERANCANGAN STRATEGIK RISDA
[Perancangan Strategik RISDA] [Pernyataan Misi] [Model Bisnes Strategik RISDA] Perancangan Strategik Pembangunan Pekebun Kecil (2001 - 2010) Perutusan Ketua Pengarah Tahun 2003 merupakan tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) di mana RISDA meneruskan usaha-usaha membangunkan masyarakat pekebun kecil di Semenanjung Malaysia. Sebagai pengeluar bahan mentah, khususnya getah dan sawit, pendapatan pekebun kecil dipengaruhi oleh harga kedua-dua komoditi tersebut. Di samping itu keluasan tanah yang dimiliki atau diusahakan juga mempunyai kesan terhadap pendapatan dan kesejahteraan hidup para pekebun kecil. Berlatar belakangkan senario ini, RISDA telah mengorak langkah menggubal Perancangan Strategik Pembangunan Pekebun Kecil 2001 - 2005 yang telah mengambil kira keadaan semasa pekebun kecil, matlamat untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosio ekonomi mereka serta aspirasi negara menjadikan getah sebagai tanaman strategik. Model Bisnes Strategik yang dilaksanakan mengandungi 5 Flagship atau TERAJU iaitu Pembangunan Tanam Semula & Perladangan, Pembangunan Ekonomi Tambahan, Pembangunan Ekonomi Komersial, Pembangunan Institusi Pekebun Kecil dan Pembangunan Ahli Isi Rumah. Model pembangunan ini merangkumi pelbagai aspek pembangunan pekebun kecil iaitu pembangunan tanah, ekonomi, institusi dan keluarga mereka. Dokumen ini disediakan sebagai rujukan kepada semua peringkat pegawai dan staf RISDA dan juga kepada pihak lain yang berminat kepada usaha-usaha pembangunan dan kesejahteraan hidup masyarakat pekebun kecil. Pengurusan RISDA amat menyanjung tinggi segala maklum balas yang diberikan berkaitan pelaksanaan program-program pembangunan ini demi kepentingan dan kesejahteraan pekebun kecil di negara ini. RISDA......peneraju pembangunan pekebun kecil. Sekian, Terima Kasih. Dato' Baharuddin Bin Awang Ketua Pengarah RISDA 13 Mac 2003. | [Perancangan Strategik RISDA] [Pernyataan Misi] [Model Bisnes Strategik RISDA] Perancangan Strategik Pembangunan Pekebun Kecil (2001 - 2010) Perutusan Ketua Pengarah Tahun 2003 merupakan tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) di mana RISDA meneruskan usaha-usaha membangunkan masyarakat pekebun kecil di Semenanjung Malaysia. Sebagai pengeluar bahan mentah, khususnya getah dan sawit, pendapatan pekebun kecil dipengaruhi oleh harga kedua-dua komoditi tersebut. Di samping itu keluasan tanah yang dimiliki atau diusahakan juga mempunyai kesan terhadap pendapatan dan kesejahteraan hidup para pekebun kecil. Berlatar belakangkan senario ini, RISDA telah mengorak langkah menggubal Perancangan Strategik Pembangunan Pekebun Kecil 2001 - 2005 yang telah mengambil kira keadaan semasa pekebun kecil, matlamat untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosio ekonomi mereka serta aspirasi negara menjadikan getah sebagai tanaman strategik. Model Bisnes Strategik yang dilaksanakan mengandungi 5 Flagship atau TERAJU iaitu Pembangunan Tanam Semula & Perladangan, Pembangunan Ekonomi Tambahan, Pembangunan Ekonomi Komersial, Pembangunan Institusi Pekebun Kecil dan Pembangunan Ahli Isi Rumah. Model pembangunan ini merangkumi pelbagai aspek pembangunan pekebun kecil iaitu pembangunan tanah, ekonomi, institusi dan keluarga mereka. Dokumen ini disediakan sebagai rujukan kepada semua peringkat pegawai dan staf RISDA dan juga kepada pihak lain yang berminat kepada usaha-usaha pembangunan dan kesejahteraan hidup masyarakat pekebun kecil. Pengurusan RISDA amat menyanjung tinggi segala maklum balas yang diberikan berkaitan pelaksanaan program-program pembangunan ini demi kepentingan dan kesejahteraan pekebun kecil di negara ini. RISDA......peneraju pembangunan pekebun kecil. Sekian, terima kasih. Dato' Baharuddin Bin Awang Ketua Pengarah RISDA 13 Mac 2003. | [Perancangan Strategik RISDA] [Pernyataan Misi] [Model Bisnes Strategik RISDA] Pernyataan Misi Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial. Pernyataan Objektif Pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010. Tema Pembangunan RISDA... peneraju pembangunan pekebun kecil. Kumpulan Sasar Sasaran bagi pencapaian misi dan objektif pembangunan adalah terhadap lebih kurang 235,000 pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia. Mereka ini terdiri daripada pekebun kecil yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan boleh dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan iaitu :- - Mereka yang aktif,
- Mereka yang pasif, dan
- Mereka yang telah lanjut usia dan kurang berupaya.
Strategi pembangunan yang akan digunakan adalah berbeza mengikut kategori pekebun kecil berkenaan. Selaras dengan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar, kumpulan sasar RISDA turut merangkumi ahli isi rumah pekebun kecil termasuk wanita dan remaja yang bakal menjadi generasi kedua. Strategi Pembangunan - Memfokuskan aktiviti pembangunan terhadap pekebun kecil yang aktif, iaitu pemilik pengusaha, bergantung hidup kepada kebun milik mereka, mempunyai tenaga dan berminat mengubah kehidupan mereka.
- Menanam semula getah kepada jenis tanaman yang paling menguntungkan kepada pekebun kecil.
- Memberi keutamaan kepada konsep pembangunan secara berkumpulan.
- Memberi ruang kepada pekebun kecil progresif membangunkan ladang secara individu.
- Melaksanakan projek pembangunan ekonomi berasaskan pacuan pasaran.
- Menggunakan khidmat dan kepakaran anak-anak syarikat bagi membangunkan projek ekonomi berskala besar untuk manfaat dan penglibatan pekebun kecil mengikut kesesuaian.
- Melaksanakan pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bertujuan melahirkan manusia berinisiatif, bertakwa, bersyukur serta memiliki nilai murni, etika hidup serta etika kerja yang cemerlang.
| | [Perancangan Strategik RISDA] [Pernyataan Misi] [Model Bisnes Strategik RISDA] Model Bisnes Strategik RISDA | Flagship 1 Pembangunan Tanam Semula Dan Perladangan - Program yang dilaksanakan ialah Tanam Semula (Bantuan Berturut), Tanam Semula Getah Ke Getah Integrasi (TSGGI) dan Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) menggunakan peruntukan bantuan langsung Kerajaan dan sumber wang SES. Pendekatan pembangunan yang digunakan adalah seperti berikut :-
- Tanam Semula Berkelompok (TSB),
- Tanam Semula Komersial (TSK),
- Tanam Semula Individu.
- Bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan produktiviti, RISDA menggalakkan pekebun kecil supaya menanam semula secara TSB atau TSK.
Standard Pencapaian - Kebun tanam semula dengan getah menggunakan benih Latex Timber Clone (LTC) dan kebun sawit menggunakan benih D X P.
- Tempoh keremajaan getah dipendekkan kepada 4 1/2 tahun dan sawit kepada 2 1/2 tahun.
- Kebun getah matang mengamalkan Low Intensity Tapping System (LITS).
- Kebun getah mencapai produktiviti sekurang-kurangnya 1,500 kg. sehektar setahun dan kebun sawit mencapai sekurang-kurangnya 20 tan metrik sehektar setahun.
Flagship 2 Pembangunan Ekonomi Tambahan Pekebun kecil yang aktif akan dibantu untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi tambahan bagi mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan keluarga di bawah Program Integrasi Tanaman Getah (PITG) dan Aktiviti Ekonomi Tambaham (AET). Keutamaan pelaksanaan diberikan kepada peserta-peserta Program Tanam Semula. Projek ekonomi yang diutamakan ialah :- Projek Ternakan - Ternakan Kambing Boer/Kampung
- Ternakan Ayam Kampung Kacukan
- Ternakan Lembu (Terbuka dan Fidlot)
- Ternakan Ikan Tilapia
- Ternakan Udang Galah
- Ternakan Burung Unta
Projek Tanaman - Pokok Landskap
- Tanaman Herba
Projek Ekonomi Desa - Kraftangan Daun Getah
- Makanan Ringan
Flagship 3 Pembangunan Ekonomi Komersial Anak-anak syarikat menjalankan projek ekonomi berskala sederhana dan besar dan memberi sumbangan bulanan daripada keuntungan projek kepada pekebun kecil yang dikategorikan termiskin. Projek ekonomi yang diutamakan ialah:- - Ternakan Ayam Daging/Kampung Kacukan,
- Ternakan Lembu (Terbuka dan Fidlot),
- Ternakan Ikan Tilapia,
- Ternakan Burung Unta.
Flagship 4 Pembangunan Institusi Pekebun Kecil Dua institusi pekebun kecil yang akan diberi keutamaan ialah Koperasi Pekebun Kecil (NARSCO dan KPK) dan Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK). Selain dari itu, tumpuan juga diberikan kepada kampung-kampung di bawah Gerakan Desa Wawasan (GDW). Standard Pencapaian Standard pencapaian yang ditetapkan bagi pembangunan Koperasi Pekebun Kecil adalah seperti berikut :- - Bilangan keahlian KPK meningkat melebihi 225,000 orang,
- Setiap KPK mencapai keuntungan sekurang-kurangnya RM75,000 setahun,
- Setiap KPK membayar dividen sekurang-kurangnya 10 % setiap tahun.
Flagship 5 Pembangunan Ahli Isi Rumah Pembangunan ahli isi rumah merupakan pendekatan baru yang diberi keutamaan oleh RISDA sebagai jaminan untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta taraf hidup masyarakat pekebun kecil di luar bandar. Proses pembangunan pekebun kecil akan lebih terjamin dalam jangka masa panjang sekiranya anggota keluarga diberi pendidikan dalam pelbagai bidang kemahiran yang mempunyai nilai di pasaran pekerjaan. Wahana utama bagi mencapai matlamat ini ialah melalui Kolej RISDA Sdn. Bhd. Bahagian Perancangan Strategik, Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur. Tarikh: 13 Mac 2003 | |
|